KOMUNITI HONDA

Hasil kajian lapangan kami mendapati ada beberapa buah pertubuhan kelab Honda yang terdapat di Negara Brunei Darussalam (sama ada aktif dan tidak aktif) antaranya, Brunei Honda Owner Club dan Kelab ABC Crew.

Dalam penyelidikan ini, fokus kami pada satu kelab sahaja iaitu Brunei Honda Owner Club (BHOC). Kelab ini ditubuhkan pada tahun 2011 dengan keahlian hanya dikalangan rakan-rakan rapat. Setelah beberapa bulan penubuhan kelab ini, ahli semakin bertambah dan sehingga sekarang kelab ini mempunyai lebih 300 orang ahli. Menurut Presiden Brunei Honda Owner Club (BHOC) iaitu, Rahmat Shukrillah. Penubuhan kelab ini bermula apabila diadakan satu perkumpulan dikalangan kawan-kawan yang mempunyai kereta Honda dan seterusnya mendapat idea untuk menubuhkan kelab ini. Antara tujuan penubuhan kelab ini ialah mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan ahli-ahli dan peminat-peminat kereta Honda di Negara Brunei Darussalam tanpa membezakan latar belakang masing-masing. Bagi mereka lebih ramai yang menyertai kelab ini lebih baik bagi mengeratkan hubungan dan keharmonian sesama bangsa.  Selain itu, ianya membolehkan ahli-ahli berkongsi pengalaman dan informasi mengenai kereta dan alat ganti kereta. 

Menurut Rahmat, misi mereka menubuhkan kelab ini adalah mereka ingin menyatukan semua pemilik kereta Honda dan juga kelab-kelab Honda yang ada di Negara Brunei Darussalam dalam sama-sama mengadakan dan menganjurkan kegiatan-kegiatan yang sihat . manakala visikelab ini ialah ingin menunjukkan kepada masyarakat bahawa perkumpulan kereta tidak semua yang berunsurkan negatif, contohnya perlumbaan kereta haram yang sering dikaitkan dengan kelab-kelab kereta. Disamping itu juga, mereka ingin membuktikan bahawa kereta-kereta yang diubah suai tidak semua yang terlibat dalam gejala-gejala yang kurang sihat.

No comments:

Post a Comment