AKTIVITI-AKTIVITI KELAB HONDA BRUNEI


Pelbagai aktiviti juga diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara ahli-ahli kelab dan sesi suai kenal dengan ahli-ahli baru. Antaranya ialah Honda Day, perkumpulan kereta di Limbang, barbeque dan yang terbaru pertunjukkan kereta anjuran Kelab Automotif Universiti Brunei Darussalam.  Tambah beliau lagi, semua ahli-ahli kelab ini mempunyai minat yang sama iaitu bukan sahaja minat dari segi pengubahsuaian kereta malah kehebatan teknologi yang ada pada enjin kereta Honda yang mampu bertahan lama. Walaupun peralatan ganti kereta atau alat tambah kereta mempunyai kos yang tinggi dan sukar untuk diperoleh di negara ini, ada diantara pemilik kereta sanggup berbelaja untuk kepuasan pemilik kereta berkenaan. Ada diantara ahli-ahli kelab ini menawarkan alat ganti kereta mereka kepada yang memerlukan dengan kos yang lebih rendah dan boleh ditawar. Dengan cara ini, membuktikan walau dengan peralatan kereta sekalipun ianya dapat menyatukan belia dalam sebuah komuniti.          

Disamping mengeratkan hubungan, komunikasi yang baik juga memainkan peranan penting bagi memastikan keakraban dan bersatupadu di antara ahli-ahli kelab. Menurut Muhammad Rahmat, setiap ahli kumpulan ini akan berhubung sama ada melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), Whatapps, e-mel dan yang lebih laju facebook. Setiap perkumpulan atau aktiviti yang disertai dan dianjurkan akan dimaklumkan kepada semua ahli melalui kemudahan-kemudahan yang disebutkan tadi. Sesuai dengan fungsi teknologi iaitu adanya teknologi ianya boleh mengeratkan hubungan silaturrahim bukan sahaja dikalangan komuniti Honda malahan dikalangan masyarakat. Penganjuran setiap perkumpulan dan aktiviti adalah lebih ke arah kegiatan yang sihat supaya menjadi contoh kepada anak-anak muda sekarang. Sebagai contoh, pertunjukkan kereta yang terbaru anjuran Kelab Automotif Universiti Brunei Darussalam. Ahli-ahli kelab termasuk presiden dan setiausaha turut serta di perkumpulan itu. Semasa perkumpulan ini mereka mempamerkan koleksi-koleksi kereta Honda dari pelbagai jenis milik ahli-ahli kelab. Setiap sebuah kereta mempamerkan teknologi yang berbeza dengan alat ganti yang dipasang pada kereta. Kebanyak kereta yang dipamerkan bukan sahaja kereta model terbaru mahal kereta dari generasi tahun 1990an.  

 
 

No comments:

Post a Comment