SEJARAH & LATAR BELAKANG HONDA



Happy Motoring Company Sendiri Berhad merupakan agen pengedar kereta Honda di Negara Brunei Darussalam. Syarikat ini ditubuhkan pada Oktober 1968 dan didaftarkan sebagai ‘limited company’ pada tahun 1979 dan pada tahun yang sama syarikat ini menjadi pengedar ekselusif kereta jenama Honda. Syarikat ini juga membuka cawangan mereka di Kuala Belait pada tahun 2007 untuk memenuhi permintaan pelanggan Honda yang semakin meningkat di Kuala Belait. 

Honda diasaskan oleh usahawan automotif yang terkenal di Jepun iaitu Soichiro Honda. Kerjaya beliau bermula apabila beliau menjadi pelatih di salah sebuah bengkal membaik pulih motor iaitu Art Shokai pada tahun 1922 ketika berusia 15 tahun. Pengalaman yang diperolehi dari Art Shokai selama tujuh tahun, beliau membuka bengkal membaiki kereta sendiri pada tahun 1928 dan dalam masa yang sama beliau berusaha untuk menghasilkan ‘Piston Ring” untuk menciptakan kereta lumba pertama keluaran syarikat beliau. Pada tahun 1948, setelah berjaya menghasilkan ‘Piston Ring’ beliau membuka syarikat automotif pertama beliau iaitu Honda Motor Company Ltd di Hamamatsu. Berikut adalah hasil keluaran pertama Honda Motor Company;           

1949 Honda bermula dengan mencipta motorsikal pertama iaitu 'Model D'
1963 Trak Mini T360
Pada tahun yang sama, Honda Motor Company melancarkan S500 yang bercirikan kereta lumba
1963 Pelancaran kereta kecil model N360
Civic pertama dilancarkan pada tahun 1972
1976 Honda Accord
1978 Honda Prelude
1981 - Honda City & Jazz dilancarkan pada masa yang sama
1985 Honda Legend
1990 Honda mengagumkan dunia dengan mencipta NSX, saingan kepada Ferarri siri 328/348 pada ketika itu
2006 Honda Insight, kereta hybrid pertama Honda

Selepas Soichiro Honda meninggal dunia pada tahun 1991, Nobuhiko Kawamoto dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Honda Motor Company. Nobuhiko Kawamoto mempunyai pendekatan yang bebeza daripada Soichiro Honda dimana pendekatan yang dikenalkan beliau berorentasikan pasaran. Manakala Soichiro Honda menumpukan kepada kejuruteraan dimana beliau lebih mementingkan teknologi kereta berbandingan dengan pasaran. Ini kerana Soichiro Honda yakin jika suatu ciptaan itu berteknologi tinggi dengan sendirinya pasarannya akan meningkat. 

Nobuhiko Kawamoto memperkenalkan kenderaan jenis MPV (kenderaan serbaguna) dan jenis rekreasi seperti Odyssey, Stream, CR-V dan Step Wagon.

No comments:

Post a Comment